Wikipedia

Search results

Monday, 21 October 2013

Plato dan Kehidupannya

1.0              PENDAHULUAN

Kertas kerja ini membincangkan mengenai seorang tokoh falsafah yang terkenal sehingga kini dan ilmu falsafah beliau digunakan disekolah-sekolah atau universiti-universiti tempatan mahupun diluar Negara,beliau yang dikehendaki sebagai tokoh falsafah itu adalah bernama plato.yang kita sedia maklum beliau telah menghasilkan berbagai-bagai karya sendiri mahupun karya yang dibuat oleh para muridnya yang mana menjadi bahan rujukkan utama diseluruh Negara dan menjadi bahan sebutan masyarakat tentang seorang tokoh ini.tapi apakah kita sekarang telah mengenali siapakah plato itu?dan apakah falsafah-falsafah yang beliau bawakan kepada kita?Di dalam kertas ini akan diceritakan dengan lebih mendalam dan teliti supaya dapat kita mengenali siapakah yang bernama plato itu.dalam pepatah melayu pun ada mengatakan”tak kenal maka tak cinta”dan kita boleh menjadikan beliau sebagai tokoh role modal.Bagi sesetengah orang mungkin ada yang belum lagi mengenali bahkan Cuma mengetahui namanya sahaja tidak secara teperinci sebutannya.



2.0              KISAH HIDUP PLATO

2.1       Siapakah Plato



Plato lahir sebagai putra Ariston dan perictione sekitar tahun di kota Athena,dan wafat di kota yang sama tahun 347 SM dalam usia 80 tahun. Ia berasal dari keluarga aristokrat yang secara turun-temurun. Bapa beliau bernama Ariston iaitu seorang bangsawan keturunan raja kordus yang sangat dikagumi oleh rakyatnya disebabkan oleh kecekapan dan kebijaksanaannye memerintah Athens. Ibu beliau pula bernama periktione iaitu seorang tokoh dan negarawan agung di Athens. Nama sebenar plato adalah aristokles dan beliau mendapat gelaran plato oleh jurulatih senamanya kerana mempunyai bahu dan dahi yang lebar (fuad hasan;1973;31) memegang peranan penting dalam politik Athena.
           
Plato merupakan ahli falsafah yunani klasik, ahli matematik, penulis dialog falsafah,pelajar Socrates dan pengasas akademik di Athens yang merupakn institusi pengajian tinggi pertama. 



Cita-cita Plato dahulunya ingin menjadi seorang ahli politik tetapi kerana kejadian bahawa socretes mati dihukum minum racun maka pupuslah sudah cita-citanya.Plato membantu meletakkan dasar-dasar falsafah dan sains barat. Kecanggihan plato sebagai penulis adalah jelas dalam Dialog Socrates,36 dialog dan surat tiga belas tahun telah menyatakan kepadanya. Tulisan-tulisan  Plato telah disiarkan dalam beberapa fesyen ini telah membawa kepada beberapa konvensyen mengenai penamaan dan rujukan teks Plato. Dialog Plato telah digunakan untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk falsafah logik, etika, retorik dan matematik.
           
Plato yang cukup dikenali oleh pencinta dunia falsafah yang telah dianggap sebagai pencetus idea atau nota kaki falsafah barat. Plato ialah seorang yang amat berpengatahuan luas dalam bidang sains kemanusiaan, kemasyarakatan, kesenian,ekonomi,politik, dan lain-lain. Plato juga telah menyuarakan pendapatnya dengan tegas,padat dengan fakta-fakta, dan logik akal. Oleh  itu segala pendapat-pendapat beliau yang bernas, falsafah-falsafah, serta tiori yang diutarakan oleh beliau masih digunakan sampai ke hari ini.


2.2       Guru dan Murid Plato

Menurut catatan sejarah, Plato mempelajari ilmu falsafah melalui seorang tokoh yang terkenal pada zaman dahulu iaitu Socrates (470-399 sm) yang tinggal di Athena.




            Dan manusia inilah yang pengaruhnya terbesar terhadap plato, yang selama tidak kurang dari lapan tahun menjadi muridnya yang sangat rapat. Seeratnya hubungan antara keduanya itu sedemikian rupa, sehingga sukar sekali membezakan dengan tegas mana-mana yang asli ajaran plato dan mana-mana yang sebenarnya berasal dari Socrates.kerana Socrates dikenali melalui tulisan-tulisan plato. Dalam tahun 339 socrates telah dibicarakan atas tuduhan tidak memepercayai dewa-dewi serta merosakan fikiran anak-anak muda dan dia dihukum jatuh hukum mati. Dan antara guru plato juga adalah Kratylos seorang murid kepada heraklitos, sampai-sampai mendekati semacam agnosticisme(fahaman yang agak lama mungkin sudah tidak digunakan lagi),dikatakn oleh Aristotles bahawa menjelang akhir hidupnya kratylos tak berani menyatakan apa-apa lagi dan hanya menggerak-gerakan jarinya saja secara menyangkal.(fuad hasan:1973)
           
Antara murid plato yang sering kita ketahui dan masyhur diseluruh tempat dan masa  adalah aristotles yang berguru dengan plato pada usia tujuh belas tahun,dan menjadi anak murid kesayangan plato selama dua puluh tahun. 


Tapi akhirnye bila sudah lama di akedemia plato, aristotles mula tidak bersefahaman dengan tiori-tiori yang ditonjolkan oleh plato. Lagi akan diterangkan ketidaksefahaman aristotles terhadap gurunya,plato. Apabila pada 347 SM,plato meninggal dunia,aristotles bersama dengan Xenokrates,teman sekelas di academia meniggalkan Athena. Dan murid plato juga adalah Erostos dan korikos yang dikirim oleh plato dari akademia ke mitylene atas permintaan hermeias. Dion juga menjadi murid plato  dan menerima doktrinnya.

3.0              MENGENALI KARYA PLATO

Semua karya plato ditulisnya selama lebih dari 50 tahun. Karangan plato kebanyakan berbentuk dialog. Jumlahnya tidak kurang dari 36 buah yang terdiri daripada politik,etika,metafizik dan ilmu teologi.(Isa Hasan.2009), dan karya-karyanya dalam bentuk surat dan puisi. Hanya saja,sangat sukar untuk menentukan waktu penulisan dari masing-masing karya tersebut,dan bagaimana terbitnya. Kebanyakan berdasar atas “idea”,cita-cita yang tertinggi,idea kebaikan,idea etik,dan dalam pokok-pokok pendirian yang tidak semua sama. Ketidaksamaan ini kemungkinan diakibatkan masalah dan waktu penulisan yang berlainan. Namun,semantara ahli menyatakan bahawa hal itu terkait denagan kemajuan dalam pemikiran plato. Kemajuan pemikirannya yang berbasis pada “ide” itu tidaklah mengherankan jika melihat lamanya waktu plato mengasah pikiran dan menuliskannya (Armstrong,hal.67).
           
Karya-karya yang masih didapatkan hingga saat ini adalah antaranya (cohn,hal.2-3): apologia okratous (apology)
:criton (crito) :phaedon (phaedo) cratylos (cratylus): theaetetos (theaetetus): sophists (sophist); politicos (statesman); Parmenides philebos (philebus)


Berdasarkan karya-karya tersebut sampai tahun 2000, yang sudah diterjemah ke dalam bahasa inggeris,antara lain: David Dallop (penerj). Theaetetus (1973); francis macdonald cornford (penerj.) ,plato’s theory of knowledge:the theaetetus and the sophist of plato (1935,reprinted 1973) ; francis macdonald cornford (penerj),
 plato’s theory of knowleledge: the theaetetus and the sophist of plato (1935, reprinted 1973) :J.B.skemp (penerj.)

4.0              KRITIKAN-KRITIKAN TERHADAP PLATO

Walaupun plato adalah seorang tokoh fasafah yang terkenal dan disegani oleh masyarakat Athens dengan kebijaksanaanye sehingga muncul sebagai pemikir besar. Dengan kebesarannya , orang dapat menjadi pemikir besar melalui telaah atas karya-karyanya yang bersifat “abadi”. Walaubagaimanapun.setiap sesuatu perkara yang beasaskan pemikiran ini,ada segelintir manusia yang tidak besefahaman antara fikrah masing-masing,walaupun ianya anak muridnya sendiri iaitu Aristoteles yang dulunya menjadi murid kesayangan plato selama dua puluh tahun lamanya.tapi dengan ketidaksefahaman beliau dan plato dari segi pemikiran maka timbullah keritikan tentang pemikiran plato yang bertiorikan sebagai idealis dan aristoteles bertiorikan sebagai logic dan mengunakan pancaindera. Apabila ditanye tentang konflik ini kepada aristoteles mengapa beliau senang mengecam plato ini,maka jawabnya”plato kukasihi,namun aku lebih mengasihi kebenaran”(DR.J.H.RAPAR:1988)
Antara perkara-perkara yang dikeritikan oleh aristoteles adalah:
1)      Tiada Idea yang asliah
Menurut plato beliau mencari perkara yang kekal dan tidak berubah dari alam yang berubah-ubah ini dan beliau juga berpendapat bahawa “idea” lebih “nyata”daripada segala fenomena alamiah contohnya. Idea tentang ‘kuda’ dan idea tentang ‘ayam’ lahir sebelum adanya ayam dan telur ayam. Tapi bagi Aristotle,’idea’ atau bentuk kuda terdiri daripada ciri-ciri kuda itu dan idea mengenai ayam. Bagi Aristotle ‘bentuk’ ayam hadir di dalam tiap-tiap ekor ayam sebagai ciri khusus ayam itu –misalnya,semua ayam mengeluarkan telur. Jadi,ayam tidak dpat dipisahkan seperti jasad dan roh.(Jostein Gaarder:86:2006)

2)      Bentuk sesuatu benda ialah ciri-ciri yang khusus
Bagi Aristotle kita hendaklah memutuskan bahawa reality terdiri daripada pelbagai benda yang berasingan yang membentuk kesatuan bentuk dan jauhar. Jauharlah yang membentuk sesuatu benda manakala ‘bentuk’ia merupakan ciri yang khusus
3)      Sebab terakhir
Hari ini kita bercakap tentang sebab berlakunya sesuatu,kita merujuk soal,bagaimana perkara itu berlaku tetapi Aristotle berpandapat bahawa di dunia alamiah ini,terdapat jenis sebab-musabab yang berbeza yang disebut sebagai ‘sebab teakhir’. Sebagai contoh tingkap rumah pecah,agak munasabahlah kalau kita bertanya mangapa peter melempakan batu itu. Jadi kita bertanya tentang tujuannay berbuat demikian. Disini tujuan memainkan peranan yang penting maka arestotle juga mngambil kira ‘tujuan’ yang sama apabila dia yang memikirkan proses alam tabii yang sama sekali tidak bernyawa sebagai contoh:turunnya hujan dengan tiga sebab,sebab yang pertama sebab material’ialah kelembapan awan,yang kedua sebab efisien’kelembapan menjadi sejuk dan sebab yan ketiga ialah sebab formal iaitu ‘bentuk’ atau sifat air. Tetapi menurut Aristotle. Dia akn menambah lagi dengan berkata bahawa hujan berlaku kerana tumbuhan dan haiwan memerlukan hujan untuk tumbuh dan hidup.
Pandangan mengenai wanita
Aristotle tidak terlalau memandang tinggi terhadap kaum wanita, tidak seperti plato. Aristotle memandang bahawa wanita adalah kaum yang tidak lengkap, wanita dianggap sebagai ‘lelaki yang tidak lengkap.’ Dalam proses reproduksi, wanita dianggap bersifat pasif dan hanya menyerah, manakala lelaki besifat aktif dan produktif. 
Dan banyak lagi keritikan-keritikan kepada plato antaranya ialah Logik,Skala alam semulajadi,Etika,Politik.(Jostein Gaarder,2006)

5.0              KEJAYAAN-KEJAYAAN DALAM KEHIDUPAN PLATO

Sekiranya ahli falsafah Eropah sulung yang karya-karyanya masih kekal yang tidak mencapai kemuncak keagungan seperti Homer. Plato juga sebenarnya pencapain beliau dalam bidangnya sangat tinggi antaranya.
1)      kemajuan meningalkan pemikiran separa keagamaan
yang mana ber Falsafah sepanjang masa akan terus kekal sepanjang masa kerana ia adalah pernyataan semula jadi pemikiran manusia mengenai akal dan tentang nilai,ia kelihatan di beberapa tempat pada masa-masa yang berlainan dalam berbagai-bagai bentuk dan dualism akal,jasad plato,bersama-sama dengan kepercayaan tentang keabadian roh.
2)      kemajuan kearah teori logik dan metafizik yang lebih teguh dan lebih tepat
adalah satu falsafah moral dan falsafah bahasa. Ini bukanlah seluruhnya perkara baru, tetapi dengan perbincangan dan keritikan mengenainya. Sebagai contoh keritikan aristotles kepada plato.
3)      perkembangan topik ‘yang satu dan yang banyak (the own and the many)
sebaimana ahli-ahli kosmologi masa dahulu mencari penjelasan tentang kepelbagai benda-benda yang menakjubkan dalam dunia dengan cara mencari sesuatu asas atau sebab yang sepunya
4)      Berjaya membezakan satu sama lain keempat-empat jenis penjelasan(keempat-empat jenis soalan ‘mengapa’serta jawapannya.)
Antaranya ialah
1.      Sebab material (bahan) atau penjelasan tentang kandungan material seseuatu benda
2.      Sebab kecekapan (efisien) atau dalam erti kata moden yang lebih sempit, sebab yang menjadikan sesuatu benda melakukan sesuatu
3.      Sebab formal,(asasi) atau penjelasan tentang bentuknya, apa ertinya menjadi benda jenis itu;dan beliau juga membezakan, sepertimana yang akan kita lihat kelak
4.      Sebab muktamad atau penjelasan tentang tujuan bagi sesetengah benda menjadi seperti itu
Tetapi plato lebih berminat kepada sebab-sebab formal dan muktamad (R.M.HARE.1992)

6.0              PLATO DALAM KEPENTINGAN ISLAM

Apa yang kita lihat sejak pemerintahan Harun al-Rasyid dan al-Makmum (abad 9 M), banyak dilakukan penerjemahan karya-karya Yunani ke dalam bahasa arab,yang kemudian dikonsumsi oleh masyarakat muslim,termasuk lah karya-karya yunani kuno yang dikarang oleh plato,ia  memberikan pengaruh yang cukup signifikan bagi filsafat dan sufisme Islam.
            Posisi penting Plato dalam bangunan filsafat Islam, kemudian juga dimunculkan oleh al-Syahrastani, yang menobatkan Plato dengan sebutan Syaikh al-Yunani  (Muhammad sholikhin.2008) dan plato juga berada pada jajaran filosof dan saintis, kerana selain ahli filsafat, ia juga ahli dalam bidang matematika, terutama geometri. Dalam sejarah yunani kuno juga telah dihadiri oleh pemimpin-pemimpin besar dunia, dan para ahli hokum: Alexander, Cimon,Solon dan hanya plato saja memiliki posisi yang strategis kerana filsafat pengetahuannya.
            Setelah kita secara sekilas mengetahui arti penting plato di duni filsafat, dan juga bagaimana islam menempatkannya,kerana beliau menjadi yang terpenting bagi tonggak kemunculan fisafat sebagai wacana ilmu, dan filsafat sebagai pisau bedah analisis ilmiah,
            Selain itu, dilandasi kenyatan bahawa islam ‘menikmati’ produk pemikiran plato, maka tokoh filosof bertahun lamanya muslim dan perancang perennialism islam modern, Fritjof Schuan, menyatakn bahawa plato termasuk dalam kalangan “orang-orang suci terdahulu”, menurut Schuon termasuk dalam kalangan “orang-orang yang bertauhid”, kerana telah mengekspresikan kebenaran yang menjadi hati pada semua agama. Mereka termasuk dalam segi universalitas islam, dan tidak terkategori sebagai “di luar” islam (Schuon,1963) 

7.0              DIANTARA TEORI-TEORI PLATO

7.1       Teori Kosmologi

Fisiologi dalam pandangan Plato merupakan suatu perkara yang perlu dibangkitkan untuk membersihkan Utopia daripada perkara-perkara yang menyimpang. Langkah pertama yang dihukumnya melawan fahaman masyarakat yang memegang bahawa unsur asal alam cakerawala ini adalah sumber yang terdiri daripada tanah , air , angin dan api.  Dimana ia wujud secara semulajadi dan secara kebetulan. Ini adalah untuk mengatakan bahawa alam ini tidak terjadi secara ‘bentuk’ atau secara ‘kebetulan’. Bahkan Plato meletakan alam ini terjadi secara ‘seni’ iaitu dimana seni tersebut adalah untuk menghasilkan interaksi antara alam semula jadi dan alam roh.

           


Untuk memulakan langkah pertama, Plato mengejutkan masyarakat dengan meminta untuk mendapat tahu tentang fakta mengenai alam semula jadi dengan menggunakan deduksi atau kesimpulan akan kewujudan daripada andaian kosmologinya. Terdapat beberapa fakta daripada hipotesis yang menceritakan tentang alam semesta . Antaranya the cosmos must have a soul , the cosmos must be unique , the cosmos must be spherical and the cosmos must be characterized by time.(Vlastos 1975)

Fakta pertama mengatakan setiap alam semesta mesti mempunyai roh. Hal ini kerana bentuk yang ideal atau sesuatu yang perlu dalam setiap makhluk adalah jiwa atau roh. Manakala fakta kedua pula ialah setiap alam semesta adalah unik. Ini dikatakan unik kerana model yang ideal adalah unik dan dunia akan menjadi seperti model tersebut jika ia terlalu unik. Ketiga pula ialah setiap alam semesta bersifat sferikal atau berbentuk sfera. Perkara ini kerana sfera merupakan bentuk yang paling seragam yang pernah wujud, plato berkata “the homogenenous is ten thousand times more beautiful than the heterogeneous” (Vlastos 1975) . Fakta keempat mengenai alam semesta ini mempunyai ciptaan ialah alam semesta ini disifatkan dengan masa. Hal ini kerana masa sebagaimana yang Plato fikirkan “a moving image of eternity” (Vlastos 1975) , ia membawa dimensi yang menyusun ketetapan kepada keadaan yang tidak berubah-ubah.

7.2       Teori Gua


Plato membentuk satu kiasan bagaimana sekumpulan banduan yang tinggal di dalm gua yang gelap dan diikat dengan rantai pada kedua tangan dan kaki supaya tidak boleh bergerak. Muka mereka dihadapkan ke dinding gua tanpa mengetahui apa yang dibelakang. Di dalam gua tersebut, terdapat dataran dimana ada orang yang menggerakkan objek manusia dan bintang yang diperbuat dari kayu di belakang api yang menyala. Para banduan hanya dapat melihat baying-bayang objek itu sahaja tanpa mengetahui hakikat sebenar yang berlaku di belakang mereka. Baying-bayang dan gema suara yang dimainkan oleh orang dalam gua tersebut dianggap hakikat sebenar berdasarkan pancaindera mereka.

            Terdapat dua kesan sekiranya banduan itu dapat melihat hakikat sebenar iaitu sama ada melihat ke arah api atau dibebaskan ke luar gua. Kesan yang pertama ialah  melihat api di dalam gua, seseorang itu mungkin berminat untuk tidak melihat api tersebut kerana banduan tersebut mungkin mengalami kesakitan apabila melihat api tersebut dan lebih berminat untuk melihat baying-bayang tersebut kerana ia menganggap bahawa baying-bayang itulah hakikat yang sebenar. Implikasinya ialah mereka merasa yakin bahawa bayang-bayang boleh member penglihatan yang jelas. Kesan yang kedua ialah jika mereka dikeluarkan dari gua, mereka mungkin tidak boleh melihat alam di luar gua kerana ini disebabkan cahaya matahari yang terang. Disini menyebabkan mereka tidak boleh hakikat yang sebenar alam kecuali melalui proses peningkatan. (Ahmad Sunawari Long 2006).

            Bagi mengatasi masalah tersebut , bekas banduan mestilah melakukan beberapa perkara , antaranya ialah melihat bayang-bayang sesuatu objek terlebih dahulu atau melihat refleksi sesuatu objek di dalam air seperti melihat refleksi objek seperti bunga di dalam air. Dengan refleksi ini, dia boleh melihat warna dan bentuk bunga tersebut, kemudian barulah dia bertindak  untuk melihat hakikat sebenar bunga tersebut. Kedua ialah sebelum seseorang itu melihat matahari, hendaklah ia melihat bulan                                                                                                                                                                          dan bintang pada waktu malam bagi mengurangkan cahaya yang berlebihan pada matanya. Setelah itu dia akan mampu untuk melihat matahari pada waktu siang secara langsung tanpa perantaraan.

            Perbandingan ini adalah merupakan penjelasan Plato tentang tahap ilmu yang ada pada manusia yang mana kebanyakan manusia berada dalam dunia bayang-bayang dan mengaggap apa yang diterima oleh pancaindera mereka sebagai sesuatu yang hakiki. Kiasan ini juga merupakan penjelasan Plato bahawa mereka yang bebas daripada alam tidak hakiki iaitu bahawa ahli falsafah perlu juga kembali menjengah kea lam pekerja dan pengawal supaya memahami kehidupan mereka. (Stumpf 1975: 94-95)

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah Plato menegaskan bahawa hanya orang yang terlepas daripada belenggu itu sahaja yang mengetahui bahawa perkara yang dilihat di dalam gua itu bukan realiti yang sebenarnya.

7.3       Teori Kekalan Roh

Plato membahagikan roh yang ada pada diri manusia kepada tiga bentuk iaitu nafsu , emosional dan rasional. Pembahagian ini kemudian diubah suai oleh Sigmund Freud dengan menamakan roh sebagai ego dan dibahagi kepada tiga bentuk iaitu id, ego dan super-ego. Roh merupakan prinsip utama kepada kehidupan dan pergerakan yang bersifat qadim dan kekal.
            Menurut pandangan plato, personaliti manusia di alam ini dipengaruhi oleh elemen jasadiyyah yang menyebabkan kelemahan fizikal, bernafsu dan mempunyai kenikmatan badan. Ini membawa kepada turunnya tahap sifat roh. Sedangkan dalam kehidupan sebenar, roh menumpukan kepada aktiviti yang bersifat kontemplasi ke atas kehidupan yang azali yang membolehkan ia bergerak menuju ke alam hakiki. Keadaan ini menunjukkan bahawa wujud pertentangan pada diri roh yang ingin membebaskan dirinya daripada perangkap alam kebendaan dan ingin kembali kepada alam ketuhanan.

            Untuk itu, Plato mengemukan dua metod bagi membuktikan kepastian kekalan roh akan berlaku dan metod tersebut ialah dikenali sebagai metod mitos dan perbandingan.

7.3.1    Mitos

Melalui satu mitos Myth of Er, Plato menceritakan bagaimana seorang yang pahlawan yang berani , anak kepada Armeniues. Beliau diperintahkan oleh Hakim Maut supaya mengkaji nasib roh lain yang mati mengenai beberapa perkara seperti pembahagian amalan baik dan buruk serta keadaan roh yang kembali ke bumi dalam bentuk kehidupan yang berlainan untuk menceritakan tentang apa yang dialami di alam kematian.
Beliau juga memberitahu bahawa supaya tidak perlu gentar menghadapi kematian sekiranya di alam dunia rohnya tidak tertarik dengan kenikmatan dunia seperti kekayaan , kuasa dan kedudukan, tetapi hanya tertarik kepada suatu bentuk kehidupan yang dapat memberikannya kehidupan hakiki. Jaminan ini dapat diperoleh melalui dua cara iaitu melalui pendidikan atau latihan yang diterima semasa kehidupan di bumi. (Ahmad Sunawari Long 2008: 65)

7.3.2    Teori Perbandingan

Perbincangan mengenai kekalan roh juga dapat diperjelaskan oleh Plato dalam karyanya Phaedo dan Meno. Dalam Phaedo, 78b-79c roh disamakan dengan dengan ciri bentuk seperti bersifat kekal, mempunyai satu bentuk, tidak dapat dilihat dan hanya digarap oleh akal. Manakala dalam Phaedo, 80a, roh telah disamakan dengan dewa yang bersifat kekal dan ia juga disamakan dari segi peranan yang mana dewa berperanan mentadbir dan mengawal benda lain yang tidak bersifat kekal. Manakal dalam Phaedo 105 pula, Socrates mengemukan teori Opposite Form Argument untuk membuktikan bahawa roh adalah kekal selepas berlakunya proses kematian.

            Plato dalam karyanya Meno pula berlakunya dialog antara Socrates, Meno dan seorang hambanya mengenai topic keharusan berlakunya kekalan roh. Menurut Socrates, tidak dapat dinafikan bahawa roh mengalami satu kitaran kehidupan hidup, mati dan kelahiran semula. Pusingan ini menyebabkan roh mengalami proses mengingat semula yang tidak mustahil berlaku.

            Dalam karyanya Meno 85d, Socrates membuat kesimpulan bahawa kita tidak pernah mempelajari ilmu tetapi ia sentiasa ada pada diri individu dan ada dalam dirinya semenjak sebelum kelahirannya dan roh wujud secara prakewujudan. (Ahmad Sanuwari Long 2006: 66-67)



8.0              SENARAI KAJIAN YANG PERNAH DIBUAT PLATO

Kemudian, beliau mengkaji apa yang benda lain patut jadi, ia menjadi bukti kepadanya yang mana benda tersebut diperlukan untuk mencapai kebahagiaan sama ada melalui ilmu pengetahuan atau cara hidup. Kemudian, beliau mengkaji apa itu ilmu pengetahuan dan kunci perbezaannya dan selepas itu beliau pula mengkaji tentang kebahagiaan yang mana menjadi hakikat sebenar kebahagiaan.

            Apabila beliau dapat mengetahui tentang ilmu pengetahuan dan cara untuk memperoleh hikmah atau kebahagiaan, beliau memulakan kajian tentang ilmu pengetahuan, jika seseorang itu memerlukan ilmu, bolehkah ia mencapainya? Kemudian beliau mengkaji sama ada kebolehancapaian ilmu pengetahuan dapat dicapai melalui peluang atau kajian atau  pemberitahuan atau pembelajaran.

            Apabila Plato menjumpai bukti tentang kesemua tentang sains, beliau mula untuk mengkaji tentang spekulasi sama ada suatu ilmu pengetahuan dan cara hidup yang ideal dipengaruhi oleh agama atau tidak. Kemudian , beliau membuat kajian sama ada seni merupakan bahasa dalam sains dan sama ada seseorang itu faham tentang makna sesuatu nama. Apabila kesenian yang asal tidak menerangkan tentang ilmu pengetahuan, kemudian beliau mengkaji adakah kesenian menghasilkan sesuatu sajak dan kemudian beliau membuat kajian yang sama tentang kesenian mengenai ritorik dan sesuatu dalil atau hujah yang munasabah tetapi terkadang ia mengelirukan. Beliau juga telah menyiasat tentang kajian mengenai dialektika sama ada ia merupakan pemacu utama kepada ilmu pengatahuan atau tidak.

            Apabila Plato menghabiskan tentang kesemua secara umumnya menerima bahawa saintifik dan teori kesenian dan menjumpai bahawa ia bukanlah penyumbang terbesar kepada pengetahuan tentang kejadian dan panduan dalam kehidupan. Kemudian beliau memulakan penyiasatan praktikal tentang kesenian dan tindakan semulajadi mengenai kesenian.

Apabila perkara yang berguna dan yang menguntungkan terpaksa dikaitkan dengan kesemua kesenian yang praktikal, maka Plato mula menyiasat apakah yang itu kesesuaian dan apakah itu yang menguntungkan. Beliau menyiasat perkara yang dipandang baik oleh mata dan yang menguntungkan apabila dipandang dengan mata merupakan sesuatu yang betul-betul baik dan menguntungkan atau tidak. Kemudian beliau memberi penjelasan tentang hubungan antara perkara yang baik dan perkara yang menguntungkan pada pandangan pancaindera seperti mata.

9.0              KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, di sini dapat disimpulkan bahawa Plato merupakan seoarang pemikir falsafah yang paling unggul dan berwibawa. Hal ini kerana karya-karya yang dihasilkan oleh Plato mempunyai makna yang tersirat dan memerlukan pentakrifan akal manusia untuk memahami dan mendalami perkara yang ingin disampaikan oleh Plato. Plato sememangnya merupakan seorang tokoh falsafah yang terkemuka kerana setiap karya yang dihasilkan sama ada dalam bentuk puisi atau dialog mempunyai falsafah yang tersendiri. Setiap falsafah yang dihasilkan adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Oleh hal yang demikian, Plato telah dijadikan sumber inspirasi oleh ahli falsafah lain dalam penghasilan karya mereka dan Plato diibaratkan sebagai pencetus idea kepada mereka



Rujukan

Ahmad Sanuwari Long.  2006. Sejarah Falsafah Edisi Pertama. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Ahmad Sanuwari Long.  2008. Sejarah Falsafah Edisi Kedua. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia

DR. J.H.RAPAR,Th.D,Ph.D,1988.Filsafat Aristotles,Rajawali Pers.Jakarta.

Isa Hasan. 2009.Al-falsuf Al-yunani Aflatun Al-jumhuriah Al-madiniah Al-Fadhilah. Al
-ahliah lilnasyri wa Attauzi’.Aman.Al-urdun.

Jostein Gaarder.2006.Dunia Sophies Word Sophie.ITNMB. Kuala Lumpur.

K.H.Muhammad Sholikhin,2008. Filsafat Dan Metafizika Dalam
Islam.Mariasi.Yogyakarta.

Muhsin Mahdi.  1962. Al-Farabi’s Philosophy Of Plato And Aristotle. New York: Agora
Paperback Editions.

R.M.Hare.1982.Plato.Dewan Bahasa Dan Pustaka.Selangor.

Stumpf. S. E.  1975. Socrates To Satre. New York: MacGraw Hill Book Co.

Vlastos G. .  1975. Plato Universe. United States: University of Washington Press.










No comments:

Post a Comment